Lama dah tak update, busy keje, busy sakit. Aku selalu nampak kental tapi sebenarnya aku macam nak try nak erase ker aper ker entah? or aku cuba lupa kan kesedihan, bukan tak sayang, entah takder jawapan. Aku rindu arwah ayah sebenarnya, menaip pun boleh nangis. Apatah lagi kalau orang cuba ajak berbual pasal ayah, benda yang aku try lari and avoid, mesti mengalir airmata. Kalau sakit walaupun tak jumpa doctor ayah ubatkan dulu, ayah yang buat solat hajat, semuanya ayah dulu. Allah sayang ayah, ayah dah dapat tempat dia terpilih di bulan yang sangat mulia, aku pun mahu seperti itu, aku rindu ayah sangat-sangat, aku masih memilih mahu menjadi anak yang mendengar pesan, aku masih memilih untuk tidak lukakan hati ibu. Al-Fatihah untuk arwah ayah
No comments:
Post a Comment